Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Abu Bakar datang ke rumah Nabi SAW

Teks Bahasa Arab

حديث: "أنه جاء أبو بكر إلى عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مَعَ عَائِشَةَ نَائِمَيْنِ فَفَتَحَ أَبُو بَكْرٍ الْبَابَ بِيَدِهِ وَدَخَلَ الْحُجْرَةَ، وَكَانَ سَاقُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مُلْتَفًّا بِسَاقِ عَائِشَةَ، فَفَتَحَتْ عَائِشَةُ عَيْنَيْهَا، فَوَجَدَتْ أَبَاهَا قَائِمًا: فَقَالَتْ: يَا أَبَتِ مَا وَرَاءَكَ، وَبَكَتْ فَوَقَعَ دَمْعُهَا عَلَى وَجْهِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ , فَانْتَبَهَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: مَا بُكَاؤُكِ؟ فَقَامَ أَبُو بَكْرٍ. وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مَالِي أَرَاكَ هَكَذَا، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَشْرَقَتِ الشَّمْسُ وَفَاتَ وَقْتُ الصَّلاةِ. فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَنَامِهِ , وَهَمَّ أَنْ يَغْتَسِلَ وَيَتَوَضَّأَ لِلصَّلاةِ، فَجَاءَ جِبْرِيلُ فَقَالَ لا تَغْتَسِلْ وَتَيَمَّمْ وَصَلِّ فَإِنَّهُ جَائِزٌ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Abu Bakar datang ke rumah Nabi SAW dan pada ketika itu Nabi SAW dan ‘Aisyah sedang tidur. Kemudian, Abu Bakar membuka pintu bilik dan masuk ke dalam bilik mereka. Adalah betis Nabi SAW bersilang dengan betis ‘Aisyah. Lalu ‘Aisyah membuka matanya dan kelihatan bapanya sedang berdiri lalu berkata: Wahai bapaku apakah yang terjadi kepadamu? Lalu ‘Aisyah menangis dan airmatanya jatuh mengenai Nabi SAW. Maka Nabi SAW tersedar dan bersabda: apakah yang membuatkan engkau menangis? Lalu Abu Bakar berdiri. Nabi SAW bersabda: apakah yang menjadikan engkau sedemikian? Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah, matahari telah meninggi dan waktu solat telah luput. Maka Nabi SAW bangun daripada tidurnya dan bersegera mandi dan berwudhu untuk solat, Maka Jibril datang pada ketika itu lalu berkata: Tidak perlu mandi, (cukup) bertayammum dan solatlah kerana ia diharuskan”.

Sahabat Perawi

  1. Muaz bin Jabal

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 9, hadis no. 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن معاذ مرفوعا وقال موضوع لا أصل له وقد صنف ابن منده جزءا في رد هذا الحديث وكيفية وضعه

Al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Muaz secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Al-Jauzaqani berkata: hadith ini palsu dan tidak ada asal riwayatnya. Ibn Mandah telah mengumpulkan satu bahagian tulisan untuk membantah hadith ini dan bagaimana ia direka.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.