Sesungguhnya Abū Bakar boleh mentakwil mimpi

TEKS BAHASA ARAB

إن أبا بكر يتأول الرؤيا، وإن الرؤيا الصالحة حظ من النبوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Abū Bakar boleh mentakwil mimpi, dan sesungguhnya mimpi yang baik tanda daripada kenabian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1821, hadis nombor 9180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سمرة بن جندب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن أبا بكر يتأول الرؤيا، وإن الرؤيا الصالحة حظ من النبوة)). [البزار، طب، ((الضعيفة)) (3271)]

(Munkar) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Abū Bakar boleh mentakwil mimpi, dan sesungguhnya mimpi yang baik tanda daripada kenabian. [Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3271]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs