Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن أبا بكرٍ يَتأولُ الرؤيا، وإن الرؤيا الصالحةَ حَظٌّ من النبوةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Abū Bakar boleh mentakwil mimpi, dan sesungguhnya mimpi yang baik tanda daripada kenabian.
Sahabat Perawi
- Samurah bin Jundub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1821, hadis no. 9180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سمرة بن جندب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن أبا بكر يتأول الرؤيا، وإن الرؤيا الصالحة حظ من النبوة)). [البزار، طب، ((الضعيفة)) (3271)]
(Munkar) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Abū Bakar boleh mentakwil mimpi, dan sesungguhnya mimpi yang baik tanda daripada kenabian. [Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3271]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman