Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Abdul Muttalib menemui pada air telaga zam-zam ketika menggalinya

Teks Bahasa Arab

حديث: إن عبد المطلب وجد في زمزم عند حفرها طشتا مكتوبا فيه أربعة أركان على كل ركن منها أربعة أسطر

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Abdul Muttalib menemui pada air telaga zam-zam ketika menggalinya suatu bekas yang tertulis padanya empat rukun dan pada setiap rukun ada empat baris

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 112, hadis no. 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده دينار عن أنس. قال ابن حبان: دينار يروي عن أنس موضوعات

Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Dinar meriwayatkan daripada Anas. Ibn Hibban berkata: Dinar meriwayatkan hadith-hadith palsu yang disandarkan kepada Anas

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.