Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya 70 orang nabi telah dilahirkan di bawah pokok diantara dua bukit di Mina

Teks Bahasa Arab

إذا كُنْتَ بيْنَ الأخشبَيْنِ مِن مِنًى ونفَخ بيدِه نحوَ المَشرِقِ فإنَّ هناك واديًا يُقالُ له السُّرَرُ به شَجرةٌ سُرَّ تحتَها سبعونَ نَبيًّا.

Teks Bahasa Melayu

Jika kamu berada di antara dua bukit di Mina - dan dia meniupkan pada tangannya ke arah timur -, sesungguhnya di sana ada satu lembah yang dipanggil al-Surar, padanya ada pokok yang dilahirkan di bawahnya 70 orang Nabi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 735, hadis no. 3756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن عمران الأنصاري عن أبيه: أنه عدل إلي عبد الله بن عمر، وأنا نازل تحت سرحة بطريق مكة، فقال: ما أنزلك تحت هذه السرحة؟ فقلت: أردت ظلها، فقال: هل غير ذلك؟ فقلت: لا؛ ما أنزلني إلا ذلك، فقال عبد الله بن عمر: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا كنت بين الأخشبين من منى - ونفخ بيده نحو المشرق - فإن هناك واديا يقال له: السرر، به شجرة سر تحتها سبعون نبيا)). [مالك، ن، هق، حل، ((الضعيفة)) (2701)]

(Daif) Daripada Muhammad bin Imran al-Ansari daripada ayahnya: Abdullah bin Umar berpaling kepadaku ketika aku sedang turun bedekatan bawah pokok di jalan Mekah, dia berkata: Kenapa kamu turun di bawah pokok ini? Aku berkata: (Kerana) aku mahu teduhannya. Dia berkata: Adakah ada sebab yang lain? Aku berkata: Tiada. Tidak ada sebab yang lain aku turun di sini melainkan itu (untuk berteduh). Lalu Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu berada di antara dua bukit di Mina - dan dia meniupkan pada tangannya ke arah timur -, sesungguhnya di sana ada satu lembah yang dipanggil al-Surar, padanya ada pokok yang dilahirkan di bawahnya 70 orang Nabi. [Riwayat Imam Malik, al-Nasa'i dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2701]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.