Mungkar Dengan Lafaz Ini Pada Orang Ketiga
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ ثلاثةَ نفرٍ من بني إسرائيلَ خرجوا يَرتادونَ لأهليهم فأصابهم المطرُ فأوَوا تحتَ صخرةٍ فانطبقتْ عليهم فنظرَ بعضُهم إلى بعضٍ فقالوا : إنه لا يُنجيكم من هذا إلا الصدقُ ، فليدعُ كلُّ رجلٍ منكم بأفضلِ عملٍ عملهُ فقال أحدُهم . . . الحديثُ بطولهِ وفيهِ : ثم قال الثالثُ : كنتُ في غنمٍ أرعاها فحضرتْ الصلاةُ فقمتُ أُصلِّي فجاءَ الذئبُ فدخلَ الغنمَ فكرهتُ أن أقطعَ صلاتي فصبرتُ حتى فرغتُ من صلاتي ، اللهمَّ إن كنتَ تعلمُ أني إنَّما فعلتُ هذا ابتغاءَ مرضاتِكَ واتِّقاءَ سُخطِكَ فافرجْ عنَّا . قال : فانفرجتِ الصخرةُ . قال عُقْبَةُ رضي اللهُ عنهُ : فسمعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ وهو يَحكيها حينَ انفرجتْ قالتْ : طاقْ فخرجوا منها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya 3 orang daripada bani Israel keluar meninggalkan keluarga mereka, kemudian mereka ditimpa hujan dan mereka bersegera menuju ke tempat perlindungan di bawah batu (iaitu di dalam gua). Kemudian ada batu yang jatuh lalu menutupi mereka. Mereka saling melihat antara satu sama lain. Mereka berkata: Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu daripada keadaan ini melainkan doa yang tulus. Hendaklah setiap kamu berdoa dengan sebaik- baik amalan yang pernah dia lakukan”. Lalu salah seorang mereka berkata … hadis dengan sambungan yang panjang. Dan padanya : Kemudian lelaki yang ketiga berkata : Aku berada bersama kambing-kambing yang aku menjaganya, kemudian masuk waktu solat dan aku pun bangun untuk mendirikan solat. Tiba-tiba datang seekor serigala dan ia masuk ke kawasan kambing, namun aku tidak suka untuk menghentikan solatku. Kemudian aku pun bersabar sehingga aku selesai dari solatku. Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku hanya melakukan perkara tersebut kerana mengharapkan keredhaan-Mu serta menjauhi murka-Mu, maka Kau selamatkanlah kami. Baginda berkata : Kemudian batu besar itu pun terbuka. ‘Uqbah R.A berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W menceritakan tentang batu itu semasa ia terbuka, batu itu berkata : “Bertahanlah. Lalu mereka pun keluar daripadanya."
Sahabat Perawi
- ‘Uqbah Bin ‘Amir al-Juhani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mungkar Dengan Lafaz Ini Pada Orang Ketiga
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 149, hadis no. 751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ في النفر الثالث) عن عقبة بن عامر الجهني - رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن ثلاثة نفر من بني إسرائيل خرجوا يرتادون لأهليهم، فأصابهم المطر، فأووا تحت صخرة، فانطبقت عليهم، فنظر بعضهم إلى بعض فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذا إلا الصدق،فليدع كل رجل منكم بأفضل عمل عمله فقال أحدهم:.... - الحديث بطوله، وفيه: - ثم قال الثالث: كنت في غنم أرعاها، فحضرت الصلاة، فقمت أصلي. فجاء الذئب، فدخل الغنم، فكرهت أن أقطع صلاتي، فصبرت حتى فرغت من صلاتي، اللهم إن كنت تعلم أني إنما فعلت هذا ابتغاء مرضاتك واتقاء سخطك فافرج عنا، قال: فانفرجت الصخرة، قال عقبة رضي الله عنه: فسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يحكيها حين انفرجت قالت: طاق، فخرجوا منها)). [الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6505)]
(Mungkar Dengan Lafaz Ini Pada Orang Ketiga) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani RA beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya 3 orang daripada bani Israel keluar meninggalkan keluarga mereka, kemudian mereka ditimpa hujan dan mereka bersegera menuju ke tempat perlindungan di bawah batu (iaitu di dalam gua). Kemudian ada batu yang jatuh lalu menutupi mereka. Mereka saling melihat antara satu sama lain. Mereka berkata: Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu daripada keadaan ini melainkan doa yang tulus. Hendaklah setiap kamu berdoa dengan sebaik- baik amalan yang pernah dia lakukan”. Lalu salah seorang mereka berkata … hadis dengan sambungan yang panjang. Dan padanya : Kemudian lelaki yang ketiga berkata : Aku berada bersama kambing-kambing yang aku menjaganya, kemudian masuk waktu solat dan aku pun bangun untuk mendirikan solat. Tiba-tiba datang seekor serigala dan ia masuk ke kawasan kambing, namun aku tidak suka untuk menghentikan solatku. Kemudian aku pun bersabar sehingga aku selesai dari solatku. Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku hanya melakukan perkara tersebut kerana mengharapkan keredhaan-Mu serta menjauhi murka-Mu, maka Kau selamatkanlah kami. Baginda berkata : Kemudian batu besar itu pun terbuka. ‘Uqbah R.A berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W menceritakan tentang batu itu semasa ia terbuka, batu itu berkata : “Bertahanlah. Lalu mereka pun keluar daripadanya.” [Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Du’a. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6505].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman