Sesungguhnnya syafaat pada hari kiamat kelak adalah untuk sesiapa yang melakukan dosa besar dari kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

إنما الشفاعة يوم القيامة لمن عمل الكبائر من أمتي ثم ماتوا عليها وهو في الباب الأول من جهنم لا تسود وجوههم ولا تزرق عيونهم ولا يغلون بالأغلال ولا يقرنون مع الشياطين ولا يضربون بالمقامع ولا يطرحون في الأدراك منهم من يمكث فيها ساعة ثم يخرج ومنهم من يمكث فيها يوما ثم يخرج ومنهم من يمكث فيها شهرا ثم يخرج ومنهم من يمكث فيها سنة ثم يخرج وأطولهم مكثا فيها: مثل الدنيا منذ يوم خلقت إلى يوم أفنيت. وذلك سبعة آلاف سنة… وذكر بقية الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnnya syafaat pada hari kiamat kelak adalah untuk sesiapa yang melakukan dosa besar dalam kalangan umatku, dan mati dengan dosa tersebut. Mereka berada pada pintu neraka jahanam yang pertama. Wajah mereka tidak menjadi hitam, mata mereka tidak membiru, tangan mereka tidak digari, tiada syaitan yang menemani mereka, mereka tidak disebat dengan cemeti, dan tidak dicampak ke dasar neraka. Ada daripada mereka yang hanya tinggal dalam tempoh yang pendek, kemudian keluar. Ada yang hanya sehari sahaja, kemudian keluar. Ada juga yang sebulan, kemudian keluar. Ada yang setahun, kemudian keluar. Yang paling lama tinggal di dalamnya adalah selama umur dunia sejak ia diciptakan sehingga ia dibinasakan; iaitu tujuh ribu tahun… Kemudian disebutkan baki hadis.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1061, hadis nombor 5420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنما الشفاعة يوم القيامة لمن عمل الكبائر من أمتي ثم ماتوا عليها، وهو في الباب الأول من جهنم لا تسود وجوههم ولا تزرق عيونهم ولا يغلون بالأغلال ولا يقرنون مع الشياطين، ولا يضربون بالمقامع ولا يطرحون في الأدراك منهم من يمكث فيها ساعة ثم يخرج ومنهم من يمكث فيها يومًا ثم يخرج ومنهم من يمكث فيها شهرًا ثم يخرج ومنهم من يمكث فيها سنة ثم يخرج وأطولهم مكثًا فيها: مثل الدنيا منذ يوم خلقت إلى يوم أفنيت، وذلك سبعة آلاف سنة… وذكر بقية الحديث. [الحكيم، الضعيفة 5381]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnnya syafaat pada hari kiamat kelak adalah untuk sesiapa yang melakukan dosa besar dalam kalangan umat saya, dan mati dengan dosa tersebut. Mereka berada pada pintu neraka jahanam yang pertama. Wajah mereka tidak menjadi hitam, mata mereka tidak membiru, tangan mereka tidak digari, tiada syaitan yang menemani mereka, mereka tidak disebat dengan cemeti, dan tidak dicampak ke dasar neraka. Ada daripada mereka yang hanya tinggal dalam tempoh yang pendek, kemudian keluar. Ada yang hanya sehari sahaja, kemudian keluar. Ada juga yang sebulan, kemudian keluar. Ada yang setahun, kemudian keluar. Yang paling lama tinggal di dalamnya adalah selama umur dunia sejak ia diciptakan sehingga ia dibinasakan; iaitu tujuh ribu tahun…Kemudian disebutkan baki hadis. [Riwayat al-Hakim al-Tirmizi dalam Nawadir al-Usul. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5381)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs