Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguh muazzin dan orang yang bertalbiah akan keluar daripada kubur mereka dalam keadaan sedang azan dan bertalbiah

Teks Bahasa Arab

حديث: " إِنَّ الْمُؤَذِّنِينَ وَالْمُلَبِّينَ يَخْرُجُونَ مِنْ قبورهم يؤذن الْمُؤَذِّنُ وَيُلَبِّي الْمُلَبِّي وَيُغْفَرُ لِلْمُؤَذِّنُ مَدَّ صَوْتِهِ وَيَشْهَدُ لَهُ كُلُّ شَيْءٍ سَمِعَ صَوْتَهُ مِنْ شَجَرٍ وَحَجَرٍ وَمَدَرٍ وَرَطْبٍ وَيَابِسٍ وَيُكْتَبُ لَهُ بِعَدَدِ كُلِّ إِنْسَانٍ يُصَلِّي مَعَهُ فِي ذَلِكَ الْمَسْجِدِ، مِثْلُ حَسَنَاتِهِمْ، وَلا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesungguh muazzin dan orang yang bertalbiah akan keluar daripada kubur mereka dalam keadaan sedang azan dan bertalbiah diampunkan dosa bagi muazzin sejauh lantunan suaranya dan menjadi saksi baginya setiap sesuatu yang mendengar suaranya seperti pokok, batu, tanah liat, yang basah dan yang kering. Ditulis baginya pahala kebaikan bilangan manusia yang solat bersamanya di masjid seperti kebaikan-kebaikan mereka tidak dikurangkan sedikitpun pahala daripada mereka”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 16-17, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو حديث طويل ذكر فيه ترغيبات ساقه ابن شاهين بطوله وهو موضوع. في إسناده سلام الطويل عن عباد بن كثير يرويان الأكاذيب.

Hadith ini panjang dan padanya disebutkan galakan-galakan. Ibn Syahin menyebutkan hadith ini dengan panjang dan hadith ini palsu. Pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama Salam al-Tawil meriwayatkan daripada ‘Abbad bin Kathir dan keduanya meriwayatkan hadith-hadith dusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.