Sesungguh ada di antara dosa itu dosa yang tidak dapat ditebus dengan solat mahupun puasa, haji dan umrah

TEKS BAHASA ARAB

إن من الذنوب ذنوباً لا يكفرها الصلاة ولا الصيام ولا الحج ولا العمرة. قال: فما يكفرها يا رسول الله؟ قال: الهموم في طلب المعيشة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguh ada di antara dosa itu dosa yang tidak dapat ditebus dengan solat mahupun puasa, haji dan umrah. Beliau berkata: Maka apakah yang dapat menebusnya wahai Rasulullah SAW? Baginda bersabda: Kesusahan dalam mencari rezeki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis nombor 3916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: «إن من الذنوب ذنوباً لا يكفرها الصلاة ولا الصيام ولا الحج ولا العمرة. قال: فما يكفرها يا رسول الله؟ قال: الهموم في طلب المعيشة». [طس، حل، الخطيب في «التلخيص»، «الضعيفة» (924)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: Sesungguh ada di antara dosa itu dosa yang tidak dapat ditebus dengan solat mahupun puasa, haji dan umrah. Beliau berkata: Maka apakah yang dapat menebusnya wahai Rasulullah SAW? Baginda bersabda: Kesusahan dalam mencari rezeki.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 924]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs