Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesuatu yang tidak datang daripada hati

Teks Bahasa Arab

مَا لَا يَجِيءُ مِنَ الْقَلْبِ عِنَايَتُهُ صَعْبَةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesuatu yang tidak datang daripada hati, maka sukar untuk menjaganya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 82, hadis no. 366. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث لكنه في معنى قول بعض الصوفية: من لم يكن له من قلبه واعظ لم تنفعه المواعظ.

Ia bukan hadith, namun terdapat semakna dengan kata-kata sebahagian ahli sufi: "Sesiapa yang peringatan tidak bersumberkan daripada hatinya, maka segala peringatan tidak akan memberi manfaat kepadanya".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.