Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضالَّةُ المؤمنِ العلمُ، كلما قيَّد حديثًا طلبَ إليهِ آخرَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesuatu yang hilang daripada orang mukmin adalah ilmu. Setiap kali dia menulis suatu hadis, dia mencari yang lain pula (hadis untuk ditulis).
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268, hadis no. 6486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: ضالة المؤمن العلم، كلما قيد حديثا طلب إليه آخر. [فر، ((الضعيفة)) (3813)]
(Palsu) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesuatu yang hilang daripada orang mukmin adalah ilmu. Setiap kali dia menulis suatu hadis, dia mencari yang lain pula (hadis untuk ditulis). [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3813]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman