Sesuatu yang dicegah oleh seseorang bagi menjaga maruahnya ianya adalah sedekah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما وقى به المرء عرضه فهو له صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesuatu yang dicegah oleh seseorang bagi menjaga maruahnya ianya adalah sedekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 212, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر : ضعيف.

Al-Fairuz Abadi menyebut di dalam kitabnya al-Mukhtasar: Hadith ini lemah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.