TEKS BAHASA ARAB
مكان الكي التكميد، ومكان العلاق السعوط، ومكان النفخ اللدود.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesuatu yang boleh menggantikan pengubatan menggunakan besi panas ialah al-takmid (meletakkan kain yang dihangatkan pada anggota badan yang sakit), manakala gantian pengubatan sakit kerongkong adalah dengan ubat yang disedut melalui hidung, dan gantian bagi pengubatan bengkak adalah dengan ubat yang dimasukkan pada sisi sebelah mulut.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis nombor 5979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((مكان الكي التكميد، ومكان العلاق السعوط، ومكان النفخ اللدود)). [حم، ((الضعيفة)) (4509)]
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesuatu yang boleh menggantikan pengubatan menggunakan besi panas ialah al-takmid (meletakkan kain yang dihangatkan pada anggota badan yang sakit), manakala gantian pengubatan sakit kerongkong adalah dengan ubat yang disedut melalui hidung, dan gantian bagi pengubatan bengkak adalah dengan ubat yang dimasukkan pada sisi sebelah mulut. [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4509]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.