Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَكَانُ الكَيِّ التَّكْميدُ، وَمَكَانُ العِلاقِ السَّعُوطُ، وَمَكَانُ النَّفْخِ اللَّدُودُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesuatu yang boleh menggantikan pengubatan menggunakan besi panas ialah al-takmid (meletakkan kain yang dihangatkan pada anggota badan yang sakit), manakala gantian pengubatan sakit kerongkong adalah dengan ubat yang disedut melalui hidung, dan gantian bagi pengubatan bengkak adalah dengan ubat yang dimasukkan pada sisi sebelah mulut.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis no. 5979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((مكان الكي التكميد، ومكان العلاق السعوط، ومكان النفخ اللدود)). [حم، ((الضعيفة)) (4509)]
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesuatu yang boleh menggantikan pengubatan menggunakan besi panas ialah al-takmid (meletakkan kain yang dihangatkan pada anggota badan yang sakit), manakala gantian pengubatan sakit kerongkong adalah dengan ubat yang disedut melalui hidung, dan gantian bagi pengubatan bengkak adalah dengan ubat yang dimasukkan pada sisi sebelah mulut. [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4509]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman