Sesuatu perkara tidak akan bertambah melainkan kepayahan

TEKS BAHASA ARAB

لا يزداد الأمر إلا شدة، ولا الدنيا إلا إدبارا، ولا الناس إلا شحا، ولا تقوم الساعة إلا على شرار الناس، ولا مهدي إلا عيسى بن مريم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesuatu perkara tidak akan bertambah melainkan kepayahan, dunia tidak akan bertambah melainkan kemundurun, manusia tidak akan bertambah melainkan sifat kedekut dan tidak akan berlaku kiamat melainkan ke atas manusia-manusia jahat dan tidak ada Mahdi melainkan Isa, anak Maryam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1304, hadis nombor 6662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: لا يزداد الأمر إلا شدة، ولا الدنيا إلا إدبارا، ولا الناس إلا شحا، ولا تقوم الساعة إلا على شرار الناس، ولا مهدي إلا عيسى بن مريم.
[هـ، ك، خط، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ابن عبد البر في ((جامع العلم))، الداني في ((الفتن))، السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (77)].

(Munkar)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesuatu perkara tidak akan bertambah melainkan kepayahan, dunia tidak akan bertambah melainkan kemunduran, manusia tidak akan bertambah melainkan sifat kedekut dan tidak akan berlaku kiamat melainkan ke atas manusia-manusia jahat dan tidak ada Mahdi melainkan Isa, anak Maryam.
[Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat, Ibn Abd al-Bar dalam Jami' al-'Ilm, al-Daniy dalam al-Fitan, al-Salafiy dalam al-Tuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 77]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.