Sesuatu kaum itu sentiasa melewatkan untuk berada dalam saf yang pertama

TEKS BAHASA ARAB

لا يزال قوم يتخلفون عن الصف الأول حتى يخلفهم الله في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesuatu kaum itu sentiasa melewatkan untuk berada dalam saf yang pertama sehingga Allah mencampakkan mereka di dalam neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis nombor 3554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يزال قوم يتخلفون عن الصف الأول حتى يخلفهم الله في النار)). [عب، ((الضعيفة)) (٦٤٤٢)]

(Munkar) Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesuatu kaum itu sentiasa melewatkan untuk berada dalam saf yang pertama sehingga Allah mencampakkan mereka di dalam neraka. [Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam Muṣannaf ‘Abd al-Razzāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6442]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs