Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يزال قوم يتخلفون عن الصف الأول حتى يخلفهم الله في النار.
Teks Bahasa Melayu
Sesuatu kaum itu sentiasa melewatkan untuk berada dalam saf yang pertama sehingga Allah mencampakkan mereka di dalam neraka.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis no. 3554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يزال قوم يتخلفون عن الصف الأول حتى يخلفهم الله في النار)). [عب، ((الضعيفة)) (٦٤٤٢)]
(Munkar) Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesuatu kaum itu sentiasa melewatkan untuk berada dalam saf yang pertama sehingga Allah mencampakkan mereka di dalam neraka. [Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam Muṣannaf ‘Abd al-Razzāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6442]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman