TEKS BAHASA ARAB
من أعيته المكاسب فعليه بمصر وعليه بالجانب الغربي منها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang usahanya menghampakannya, maka hendaklah dia berada di Mesir dan hendaklah berada di sebelah barat Mesir.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 72, hadis nombor 412. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Mansur bin ‘Ammar, seorang perawi daif. Hadith ini telah dikategorikan sebagai sebahagian hadith-hadith munkar beliau dalam biografi beliau.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.