Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang usahanya menghampakannya

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَعْيَتْهُ المَكاسِبُ فَعَلَيْهِ بِمِصْرَ وَعَلَيْهِ بِالجَانِبِ الْغَرْبِيِّ مِنْهَا.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang usahanya menghampakannya, maka hendaklah dia berada di Mesir dan hendaklah berada di sebelah barat Mesir.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 72, hadis no. 412. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Mansur bin 'Ammar, seorang perawi daif. Hadith ini telah dikategorikan sebagai sebahagian hadith-hadith munkar beliau dalam biografi beliau.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.