Sesiapa yang tidur selepas asar kemudian hilang akalnya

TEKS BAHASA ARAB

من نام بعد العصر، فاختلس عقله، فلا يلومن إلا نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidur selepas asar kemudian hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis nombor 856. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: من نام بعد العصر، فاختلس عقله، فلا يلومن إلا نفسه.
[ابن حبان في ((الضعفاء والمجروحين))، ع، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (39)]

(Lemah)
Daripada ‘A’isyah – Raḍiyallāhu ‘anha – secara Marfu’: Sesiapa yang tidur selepas asar kemudian hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ Wa al-Majruhin, Abu Ya'la dalam Musnad , Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 39]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs