Sesiapa yang tidur sebelum solat isyak, nescaya Allah tidak akan melelapkan matanya

TEKS BAHASA ARAB

من نام قبل العشاء؛ فلا أنام الله عينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidur sebelum solat isyak, nescaya Allah tidak akan melelapkan matanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342, hadis nombor 1795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قَالَت: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «مَنْ نام قبل العِشاءِ؛ فلا أنامَ اللهُ عينَه». قالت عائشة: ما رأيت رسول الله ﷺ نام قبلها، ولا تحدث بعدها. [البزار، «الضعيفة» (6217)].

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang tidur sebelum solat isyak, nescaya Allah tidak akan melelapkan matanya". ‘Aishah berkata: Aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ tidur sebelum daripadanya (isyak) dan baginda juga tidak bercakap-cakap selepasnya. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6217].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs