TEKS BAHASA ARAB
حديث: من لم يخف من الله خف منه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang tidak takut kepada Allah, maka takutlah kepadanya.
STATUS
Tidak sabit lafaznya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 201, hadis nombor 626. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لم يثبت مبناه، وصحيح معناه.
Tidak sabit lafaznya, namun maknanya betul.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.