Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang tidak takut kepada Allah, maka takutlah kepadanya

Teks Bahasa Arab

مَنْ لَمْ يَخَفِ اللَّهَ خَفْ مِنْهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang tidak takut kepada Allah, maka takutlah kepadanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 94, hadis no. 449. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث، ومعناه صحيح، فقد جاء في الأثر: أن الله أوحى إلى داود عليه الصلاة والسلام تخاف أحدا غيري، قال: نعم يا رب أخاف من لا يخافك.

Ia bukan hadith namun maksudnya betul. Terdapat di dalam al-'Athar bahawa Allah telah mewahyukan kepada Dawud AS: "Adakah kamu takut kepada sesiapa yang lain?", jawab Dawud: "Ya, wahai Rabb! Aku takut kepada orang yang tidak takut kepadaMu".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.