Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لمْ يدركِ الركعةَ؛ لمْ يدركِ الصلاةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak sempat mendapatkan satu rakaat solat, (maka) dia tidak mendapatkan solat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 299, hadis no. 1581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((من لم يدرك الركعة؛ لم يدرك الصلاة)). [هق، ((الضعيفة)) (4656)]
(Daif) Daripada seorang lelaki daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang tidak sempat mendapatkan satu rakaat solat, (maka) dia tidak mendapatkan solat. [Riwayat Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4656]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman