Sesiapa yang tidak sempat berperang bersamaku, maka pergilah berperang di lautan

TEKS BAHASA ARAB

من لم يدرك الغزو معي، فليغز في البحر، فإن غزوة البحر أفضل من غزوتين في البر، وإن شهيد البحر له أجر شهيدي البر، إن أفضل الشهداء عند الله أصحاب الوكوف، قالوا: وما أصحاب الوكوف، قال: قوم تكفأ بهم مراكبهم في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Sesiapa yang tidak sempat berperang bersamaku, maka pergilah berperang di lautan kerana sesungguhnya peperangan di laut lebih baik daripada dua peperangan di darat. Manakala orang yang mati syahid di laut mendapat ganjaran pahala dua orang yang mati syahid di darat. Sesungguhnya sebaik-baik golongan yang mati syahid di sisi Allah ialah ashab al-wukuf (golongan yang hanyut)”, mereka bertanya: “Apa itu golongan hanyut?” Baginda menjawab: “Satu kaum yang kapal mereka terumbang-ambing di jalan Allah”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 984, hadis nombor 5074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علقمة بن شهاب مرسلا: ‌من ‌لم ‌يدرك الغزو معي؛ فليغز في البحر، فإن غزوة البحر أفضل من غزوتين في البر، وإن شهيد البحر له أجر شهيدي البر، إن أفضل الشهداء عند الله أصحاب الوكوف، قالوا: وما أصحاب الوكوف؟ قال: قوم تكفأ بهم مراكبهم في سبيل الله)). [ش، ابن المبارك في ((الجهاد))، ابن عساكر، عب، ((الضعيفة)) (2003)]

(Lemah) Daripada Alqamah bin Shihab secara mursal (tidak menyebutkan sahabat Nabi SAW dalam sanad): “Sesiapa yang tidak sempat berperang bersamaku, maka pergilah berperang di lautan kerana sesungguhnya peperangan di laut lebih baik daripada dua peperangan di darat. Manakala orang yang mati syahid di laut mendapat ganjaran pahala dua orang yang mati syahid di darat. Sesungguhnya sebaik-baik golongan yang mati syahid di sisi Allah ialah ashab al-wukuf (golongan yang hanyut)”, mereka bertanya: “Apa itu golongan hanyut?” Baginda menjawab: “Satu kaum yang kapal mereka terumbang-ambing di jalan Allah”. [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya, Ibn al-Mubarak dalam al-Jihad, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq, dan Abd al-Razzaq dalam Musannafnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2003]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs