Sesiapa yang tidak pernah terlepas satu rakaat daripada solat subuh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لم تفته ركعة من صلاة الغداة أربعين ليلة لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak pernah terlepas satu rakaat daripada solat subuh selama empat puluh malam maka dia tidak akan meninggal dunia sehingga diperlihatkan kepadanya tempat duduknya di syurga.

STATUS

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في اللآلئ «من لم تفته ركعة من صلاة الغداة أربعين ليلة لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة» فيه إسحاق مجهول اتهموه بالوضع.

Di dalam kitab al-La’ali menyebut:
“Sesiapa yang tidak pernah terlepas satu rakaat daripada solat subuh selama empat puluh malam maka dia tidak akan meninggal dunia sehingga diperlihatkan kepadanya tempat duduknya di syurga.”
Di dalamnya terdapat perawi bernama Ishak. Beliau adalah seorang perawi majhul. Para ulama menuduhnya berdusta.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.