Sesiapa yang tidak merasa malu terhadap kata-kata yang diucapkannya, maka sebenarnya dia tidak cerdik

TEKS BAHASA ARAB

من لم يستحي بما قال أو قيل له فهو لغير رشده حملته أمه على غير طهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak merasa malu terhadap kata-kata yang diucapkannya atau terhadap apa yang dikatakan kepadanya, maka dia sebenarnya tidak cerdik. Ibunya telah melahirkannya dalam keadaan tidak bersih.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 69, hadis nombor 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه الطبراني في الكبير (7236/ 7/314-315) والشجري في الأمالى (2/ 196) من طريق أبي ميسرة النهاوندي ثنا الوليد بن سلمة الحراني، ثنا عبيد الله بن عبد الله بن عمرو بن شويفع عن أبيه عن جده فذكره مرفوعا: قال الحافظ الهيثمي في المجمع (10/ 284) : وفيه من لم أعرفهم.
قلت: وترك التنبيه على حال الوليد بن سلمة، وقد كذبه دحيم وغيره وقال ابن حبان: يضع الحديث على الثقات. وقال أبو حاتم: ذاهب الحديث.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (7236/7/314-315), al-Shajari dalam al-Amali (2/196) melalui sanad Abu Maisarah al-Nahawandi, katanya al-Walid bin Salamah al-Harrani telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Ubaidullah bin Abd Allah bin ‘Amru bin Shuwaifi’ telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada datuknya, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-Hafiz al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (10/284): "Dalam sanadnya terdapat perawi yang aku tidak kenali mereka".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs