Sesiapa yang tidak menyertai peperangan bersama aku, maka sertailah peperangan di lautan

TEKS BAHASA ARAB

من لم يغز معي؛ فليغز في البحر، فإن قتال يوم في البحر خير من قتال يومين في البر، فإن أجر الشهيد في البحر كأجر شهيدين في البر، وإن خيار الشهداء عند الله أصحاب الأكف. قيل: ومن أصحاب الأكف؟ قال: قوم تكفأ عليهم مراكبهم في البحر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak menyertai peperangan bersama saya maka sertailah peperangan di lautan. Sesungguhnya peperangan sehari di laut lebih baik daripada berperangan selama dua hari di darat. Pahala orang yang mati syahid di laut adalah sama seperti pahala dua orang yang mati syahid di darat. Syuhada yang paling istimewa adalah golongan Al-Akfu. Baginda ditanya: Siapakah golongan Al-Akfu? Baginda menjawab: Golongan yang mana sampan-sampan mereka menimpa mereka di lautan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1937, hadis nombor 9714. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علقمة بن شهاب، قال: قال رسول الله ﷺ: من لم يَغْزُ معي فليغزُ في البحر، فإن قتال يوم في البحر خير من قتال يومين في البر، فإن أجر الشهيد في البحر كأجر شهيدين في البر، وإن خيار الشهداء أصحاب الأكف. قيل: ومن أصحاب الأكف؟ قال: قوم تكفأ عليهم مراكبهم في البحر.
[ش، ((الضعيفة)) (6165)]

(Lemah)
Daripada ‘Alqamah Bin Syihab, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak menyertai peperangan bersama aku maka sertailah peperangan di lautan. Sesungguhnya peperangan sehari di laut lebih baik daripada berperangan selama dua hari di darat. Pahala orang yang mati syahid di laut adalah sama seperti pahala dua orang yang mati syahid di darat. Syuhada yang paling istimewa adalah golongan al-Akfu. Baginda ditanya: Siapakah golongan al-Akfu? Baginda menjawab: Golongan yang mana sampan-sampan mereka menimpa mereka di lautan.
[Riwayat Ibn Abu Syaibah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6165]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs