TEKS BAHASA ARAB
من لم يكن مؤمنا حقا فهو كافر حقا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang tidak menjadi mukmin yang sejati maka dia seorang kafir yang sejati.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفي الذيل «من لم يكن مؤمنا حقا فهو كافر حقا» . قال المذنب: فيه سمعان بن المهدي.
Dalam kitab Al-Zayl, “Sesiapa yang tidak menjadi mukmin yang sejati maka dia seorang kafir yang sejati”. Al-Muznib berkata: Dalam sanad hadis ini terdapat Sam’an Bin Al-Mahdi.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.