Sesiapa yang tidak meninggalkan mukhabarah

TEKS BAHASA ARAB

من لم ‌يذر المخابرة فليؤذن بحرب من الله ورسوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak meninggalkan mukhabarah (memberi orang lain mengusahakan tanahnya dengan dia mendapat beberapa peratus dari hasil tanaman), maka dia telah mengisytiharkan perang daripada Allah dan Rasul-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 594, hadis nombor 3059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر –رضي الله عنه– مرفوعا: ((من لم ‌يذر المخابرة فليؤذن بحرب من الله ورسوله)). [د، هق، حل، ((الضعيفة)) (990)].

(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak meninggalkan mukhabarah (memberi orang lain mengusahakan tanahnya dengan dia mendapat beberapa peratus dari hasil tanaman), maka dia telah mengisytiharkan perang daripada Allah dan Rasul-Nya. [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 990]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs