Sesiapa yang tidak meninggalkan anak mahupun ayah, maka Kalālah akan menjadi pewarisnya

TEKS BAHASA ARAB

من ‌لم ‌يترك ‌ولدا ولا والدا؛ فورثته كلالة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak meninggalkan anak mahupun ayah, maka Kalālah akan menjadi pewarisnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 798, hadis nombor 4111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سلمة بن عبد الرحمن قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! {يستفتونك قل الله يفتيكم في الكلالة} [النساء: 176]، قال: ((من ‌لم ‌يترك ‌ولدا ولا والدا؛ فورثته كلالة)). [هق، ((الضعيفة)) (4653)]

(Lemah) Daripada Abū Salamah bin ‘Abd al-Raḥmān, beliau berkata: Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! {Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalālah} [Surah al-Nisā’ ayat 176]. Baginda bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan anak mahupun ayah, maka Kalālah akan menjadi pewarisnya. [Riwayat al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4653]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs