Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن لم يَتْرُكْ وَلَدًا ولا والِدًا؛ فوَرَثَتُه كَلَالَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak meninggalkan anak mahupun ayah, maka Kalālah akan menjadi pewarisnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 798, hadis no. 4111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سلمة بن عبد الرحمن قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! {يستفتونك قل الله يفتيكم في الكلالة} [النساء: 176]، قال: ((من لم يترك ولدا ولا والدا؛ فورثته كلالة)). [هق، ((الضعيفة)) (4653)]
(Lemah) Daripada Abū Salamah bin ‘Abd al-Raḥmān, beliau berkata: Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! {Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalālah} [Surah al-Nisā’ ayat 176]. Baginda bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan anak mahupun ayah, maka Kalālah akan menjadi pewarisnya. [Riwayat al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4653]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman