Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ لَمْ يَرْعَوِ عندَ الشَّيْبِ، ولم يَسْتَحِ مِنَ العَيْبِ ولم يَخْشَ اللهَ بالغَيْبِ؛ فليسَ للهِ عز وجل فيه حاجةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak meninggalkan dosa ketika sudah beruban, tidak berasa malu daripada keaiban, tidak takutkan Allah SWT ketika bersendirian, maka Allah SWT tidak berkehendak kepadanya
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 117, hadis no. 606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: مَنْ لَمْ يَرْعَوِ عندَ الشَّيْبِ ولم يَسْتَحِ مِنَ العَيْبِ ولم يَخْشَ اللهَ بالغَيْبِ فليسَ للهِ عز وجل فيه حاجةٌ. [ابن جميع في معجم الشيوخ، الضعيفة (5695)]
(Palsu) Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak meninggalkan dosa ketika sudah beruban, tidak berasa malu daripada keaiban, tidak takutkan Allah SWT ketika bersendirian, maka Allah SWT tidak berkehendak kepadanya [Riwayat Ibn Jamī‘ dalam Mu‘jam al-Shuyūkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5695]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman