Sesiapa yang tidak menganggap bala sebagai satu nikmat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس بمؤمن مستكمل الإيمان من لم يعد البلاء نعمة، والرخاء مصيبة. قال: لأن البلاء لا يتبعه إلا الرخاء، وكذلك الرخاء لا يتبعه إلا المصيبة، وليس بمؤمن مستكمل الإيمان من لم يكن في غم ما لم يكن في صلاة. قالوا: ولم يا رسول الله؟ قال: لأن المصلي يناجي ربه، وإذا كان في غير صلاة إنما يناجي ابن آدم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak menganggap bala sebagai satu nikmat, dan kesenangan sebagai satu musibah, maka dia bukanlah seorang mukmin yang sempurna imannya. Katanya: Ini kerana tiada yang menyusuli bala melainkan kesenangan. Begitu juga tiada yang menyusuli kesenangan melainkan bala. Sesiapa yang tidak berasa sedih ketika dia tidak menunaikan solat, maka dia bukanlah seorang mukmin yang sempurna imannya. Mereka berkata: Mengapa begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kerana orang yang solat sedang berbicara dengan Tuhannya, sedangkan apabila dia di luar solat dia berbicara dengan anak Adam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 482, hadis nombor 2594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ليس بمؤمن مستكمل الإيمان من لم يعد البلاء نعمة، والرخاء مصيبة. قال: لأن البلاء لا يتبعه إلا الرخاء، وكذلك الرخاء لا يتبعه إلا المصيبة، وليس بمؤمن مستكمل الإيمان من لم يكن في غم ما لم يكن في صلاة. قالوا: ولم يا رسول الله؟ قال: لأن المصلي يناجي ربه، وإذا كان في غير صلاة إنما يناجي ابن آدم)). [طب، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4374)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak menganggap bala sebagai satu nikmat, dan kesenangan sebagai satu musibah, maka dia bukanlah seorang mukmin yang sempurna imannya. Katanya: Ini kerana tiada yang menyusuli bala melainkan kesenangan. Begitu juga tiada yang menyusuli kesenangan melainkan bala. Sesiapa yang tidak berasa sedih ketika dia tidak menunaikan solat, maka dia bukanlah seorang mukmin yang sempurna imannya. Mereka berkata: Mengapa begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kerana orang yang solat sedang berbicara dengan Tuhannya, sedangkan apabila dia di luar solat dia berbicara dengan anak Adam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4374]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.