Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس بمؤمنٍ مستكملِ الإيمانِ من لم يعدَّ البلاءَ نعمةً، والرخاءَ مصيبةً. قال: لأنَّ البلاءَ لا يتبعهُ إلا الرخاءُ، وكذلك الرَّخاءُ لا يتبعهُ إلا المصيبةُ، وليس بمؤمنٍ مستكملِ الإيمانِ من لم يكن في غمٍّ ما لم يكن في صلاةٍ. قالوا: ولمَ يا رسولَ اللهِ؟ قال: لأنَّ المصلِّي يناجي ربَّهُ، وإذا كان في غيرِ صلاةٍ إنما يناجي ابنَ آدمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak menganggap bala sebagai satu nikmat, dan kesenangan sebagai satu musibah, maka dia bukanlah seorang mukmin yang sempurna imannya. Katanya: Ini kerana tiada yang menyusuli bala melainkan kesenangan. Begitu juga tiada yang menyusuli kesenangan melainkan bala. Sesiapa yang tidak berasa sedih ketika dia tidak menunaikan solat, maka dia bukanlah seorang mukmin yang sempurna imannya. Mereka berkata: Mengapa begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kerana orang yang solat sedang berbicara dengan Tuhannya, sedangkan apabila dia di luar solat dia berbicara dengan anak Adam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 482, hadis no. 2594.
(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ليس بمؤمن مستكمل الإيمان من لم يعد البلاء نعمة، والرخاء مصيبة. قال: لأن البلاء لا يتبعه إلا الرخاء، وكذلك الرخاء لا يتبعه إلا المصيبة، وليس بمؤمن مستكمل الإيمان من لم يكن في غم ما لم يكن في صلاة. قالوا: ولم يا رسول الله؟ قال: لأن المصلي يناجي ربه، وإذا كان في غير صلاة إنما يناجي ابن آدم)). [طب، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4374)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak menganggap bala sebagai satu nikmat, dan kesenangan sebagai satu musibah, maka dia bukanlah seorang mukmin yang sempurna imannya. Katanya: Ini kerana tiada yang menyusuli bala melainkan kesenangan. Begitu juga tiada yang menyusuli kesenangan melainkan bala. Sesiapa yang tidak berasa sedih ketika dia tidak menunaikan solat, maka dia bukanlah seorang mukmin yang sempurna imannya. Mereka berkata: Mengapa begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kerana orang yang solat sedang berbicara dengan Tuhannya, sedangkan apabila dia di luar solat dia berbicara dengan anak Adam. [Riwayat al-Mu’jam al-Kabir oleh al-Tabrani, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4374]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman