Aku tidak mengetahuinya

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من لم يَنْفَعهُ علمه ضره جَهله.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya, maka kejahilan akan memudaratkannya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Aku tidak mengetahuinya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 202, hadis no. 630. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: لا أعرفه.

Ali Qari berkata: Aku tidak mengetahuinya

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.