Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ لمْ يحلقْ عانتَهُ، ويُقلِّم أظفارَهُ، ويجزَّ شاربَهُ؛ فليسَ منا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak mencukur bulu ari-arinya, dan tidak memotong kukunya, serta dan tidak pernah memotong misainya, maka dia bukan dari kalangan kami.
Sahabat Perawi
- Seorang lelaki dari Bani Ghifar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 213, hadis no. 1129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من بني غافر أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((من لم يحلق عانته، ويقلم أظفاره، ويجز شاربه؛ فليس منا)). [حم، ((الضعيفة)) (4654)]
(Daif) Daripada seorang lelaki dari Bani Ghifar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak mencukur bulu ari-arinya, dan tidak memotong kukunya, serta tidak pernah memotong misainya, maka dia bukan dari kalangan kami. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4654]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman