Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ لَمْ يَحْمَدِ اللهَ عَلَى مَا عَمِلَ مِنْ عَمَلٍ صَالِحٍ، وَحَمِدَ نَفْسَهُ؛ قَلَّ شكرُه، وَحَبِطَ عَمَلُهُ، وَمَنْ زَعَمَ أَنَّ اللهَ جَعَلَ لِلْعِبَادِ مِن الأَمر شَيْئًا؛ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ عَلَى أَنْبِيَائِهِ؛ لِقَوْلِهِ: ((أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبّ الْعَالَمِينَ)).
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak memuji Allah atas amalan soleh yang dia kerjakan namun dia memuji dirinya, maka berkuranglah sifat bersyukurnya dan terhapuslah amalannya. Dan sesiapa yang menyangka bahawa Allah menjadikan bagi para hamba ini urusan darinya (sendiri), maka dia telah kufur dengan apa yang Allah turunkan kepada para Nabi-Nya. Berdasarkan firman-Nya: Ketahuilah bahawa milik Allah lah segala penciptaan dan urusan. Maha berkat Allah Tuhan sekalian alam.
Sahabat Perawi
- ‘Abd al-‘Aziz al-Syami
- bapanya
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238, hadis no. 1247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد العزيز الشامي عن أبيه - وكانت له صحبة -، قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من لم يحمد الله على ما عمل من عمل صالح، وحمد نفسه؛ قل شكره، وحبط عمله، ومن زعم أن الله جعل للعباد من الأمر شيئا؛ فقد كفر بما أنزل الله على أنبيائه؛ لقوله: ((ألا له الخلق والأمر تبارك الله رب العالمين)))). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (6064)]
(Palsu) Daripada ‘Abd al-‘Aziz al-Syami daripada bapanya - yang merupakan seorang sahabat - beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak memuji Allah atas amalan soleh yang dia kerjakan namun dia memuji dirinya, maka berkuranglah sifat bersyukurnya dan terhapuslah amalannya. Dan sesiapa yang menyangka bahawa Allah menjadikan bagi para hamba ini urusan darinya (sendiri), maka dia telah kufur dengan apa yang Allah turunkan kepada para Nabi-Nya. Berdasarkan firman-Nya: Ketahuilah bahawa milik Allah lah segala penciptaan dan urusan. Maha berkat Allah Tuhan sekalian alam. [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6064]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman