Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "من لم يكن عنده صدقة فليلعن اليهود فإنها صدقة".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa untuk bersedekah maka laknatlah yahudi kerana ia adalah sedekah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 65-66, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أبي هريرة وفي إسناده: متروكان. ورواه الخطيب أيضا عن عائشة مرفوعا وقال [يحيى بن معين هذا كذب و _ ] باطل لا يحدث بهذا أحد يعقل. ورواه ابن عدي عنها وقال: الحديث باطل.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Abu Hurairah dan pada sanadnya terdapat dua perawi yang dihukumkan sebagai matruk. Al-Khatib juga meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW), Yahya bin Ma’in berkata: Ini adalah hadith yang dusta dan batil kerana seorang yang berakal tidak akan meriwayatkannya. Ibnu ‘Adi meriwayatkan juga daripada Aisyah RA dan berkata ia merupakan hadith yang batil.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman