Sesiapa yang tidak memiliki tiga perkara ini, sesungguhnya Allah akan mengampunkan selain dari perkara ini baginya, bagi sesiapa yang Dia kehendaki

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من لم يكن فيه، فإن الله – عز وجل – يغفر له ما سواه؛ لمن شاء: من مات لا يشرك بالله شيئا، ولم يكن ساحرا يتبع السحرة، ولم يحقد على أخيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak memiliki tiga perkara ini, sesungguhnya Allah akan mengampunkan selain dari perkara ini baginya, bagi sesiapa yang Dia kehendaki: Sesiapa yang meninggal dunia tanpa mensyirikkan Allah dengan suatu apapun, tidak menjadi tukang sihir yang menuruti amalan sihir dan tidak hasad kepada saudaranya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 465, hadis nombor 2497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ثلاث من لم يكن فيه، فإن الله – عز وجل – يغفر له ما سواه؛ لمن شاء: من مات لا يشرك بالله شيئا، ولم يكن ساحرا يتبع السحرة، ولم يحقد على أخيه». [خد، خط، ابن النجار في «الذيل»، هب، «الضعيفة» (2831)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang tidak memiliki tiga perkara ini, sesungguhnya Allah akan mengampunkan selain dari perkara ini baginya, bagi sesiapa yang Dia kehendaki: Sesiapa yang meninggal dunia tanpa mensyirikkan Allah dengan suatu apapun, tidak menjadi tukang sihir yang menuruti amalan sihir dan tidak hasad kepada saudaranya". [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya, Ibn al-Najjār dalam al-Zayl, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2831].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs