Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang tidak memiliki kebaikan maka hendaklah dia berkahwin dengan wanita bani Juhainah

Teks Bahasa Arab

حديث: من لم تكن له حسنة فلينكح امرأة من جهينة

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang tidak memiliki kebaikan maka hendaklah dia berkahwin dengan wanita bani Juhainah

Sahabat Perawi

  1. Amr bin Murrah al-Juhani

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 121, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن عمرو بن مرة الجهني مرفوعا وفي إسناده: ظبيان ابن محمد بن ظبيان عن أبيه عن جده وهو يروي العجائب. قال في الميزان: هذا الحديث كذب.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Amr bin Murrah al-Juhani secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Zibyan Ibn Muhammad bin Zibyan daripada bapanya daripada datuknya yang meriwayatkan cerita-cerita pelik Ibn Hajar menyatakan di dalam kitabnya al-Mizan: hadith ini palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.