Sesiapa yang tidak memiliki harta

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من لم يكن له مال يتصدق به فليلعن اليهود والنصارى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang tidak memiliki harta untuk dia sedekahkan, maka hendaklah dia melaknat Yahudi dan Nasrani.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 202, hadis nombor 629. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، فإن اللعنة لا تقوم مقام الصدقة ذكره ابن القيم.

Palsu. Laknat tidak dapat menggantikan sedekah, Ibn al-Qayyim menyatakannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs