Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang tidak membaca (al-Fatihah) di belakang imam, maka solatnya tidak sempurna

Teks Bahasa Arab

مَنْ لَّمْ يَقْرَأْ خَلَفَ الإِمَامِ؛ فَصَلَاتُهُ خِدَاجٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang tidak membaca (al-Fatihah) di belakang imam, maka solatnya tidak sempurna.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 329, hadis no. 1732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بذكر (الإمام)) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - ﷺ -: ((من لم يقرأ خلف الإمام؛ فصلاته خداج)). [الفسوي، ((الضعيفة)) (5513)].

(Palsu dengan sebutan "imam") Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang tidak membaca (al-Fatihah) di belakang imam, maka solatnya tidak sempurna.” [Riwayat al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5513].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.