Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang tidak malu dengan apa yang dikata atau diperkatakan kepadanya

Teks Bahasa Arab

من لمْ يستحي مما قال أو قيلَ لهُ ؛ فهو لغيرِ رِشدةٍ، حملتهُ أمهُ على غيرِ طُهرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang tidak malu dengan apa yang dikata atau diperkatakan kepadanya, maka dia bukanlah orang yang bijak, ibunya mengandungkannya secara tidak suci.

Sahabat Perawi

  1. Shuwaifa’

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 951, hadis no. 4909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن شويفع عن رسول الله ﷺ: من لم يستحي مما قال أو قيل له؛ فهو لغير رشدة، حملته أمه على غير طهر. [طب، الضعيفة(5415)]

(Palsu) Diriwayatkan daripada Shuwaifa’ daripada Rasulullah SAW: Sesiapa yang tidak malu dengan apa yang dikata atau diperkatakan kepadanya, maka dia bukanlah orang yang bijak, ibunya mengandungkannya secara tidak suci. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5415].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.