Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لمْ يستحي مما قال أو قيلَ لهُ؛ فهو لغيرِ رِشدةٍ، حملتهُ أمهُ على غيرِ طُهرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak malu dengan apa yang dia ucapkan atau apa yang dikatakan kepadanya, maka dia dalam keadaan tidak mendapat petunjuk. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan tidak suci.
Sahabat Perawi
- Shuwayfi‘ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 101, hadis no. 527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن شويفع عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من لم يستحي مما قال أو قيل له؛ فهو لغير رشدة، حملته أمه على غير طهر. [طب، ((الضعيفة)) (5415)]
(Palsu) Daripada Shuwayfi‘ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak malu dengan apa yang dia ucapkan atau apa yang dikatakan kepadanya, maka dia dalam keadaan tidak mendapat petunjuk. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan tidak suci. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5415]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman