Sesiapa yang tidak mahu menerima rukhsah (keringanan) daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

من لم يقبل رخصة الله كان عليه من الإثم مثل ‌جبال ‌عرفة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak mahu menerima rukhsah (keringanan) daripada Allah, dia akan menerima dosa seperti bukit Arafah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 781, hadis nombor 4008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي طعمة قال: كنت عند ابن عمر إذ جاءه رجل فقال: يا أبا عبد الرحمن إني أقوى على الصيام في السفر؟ فقال: من لم يقبل رخصة الله كان عليه من الإثم مثل ‌جبال ‌عرفة. [حم، عبد بن حميد، ابن عبدالحكم في ((فتوح مصر))، ((الضعيفة)) (1949)]

(Munkar) Daripada Abi Ta’mah RA berkata: Aku berada di sisi Umar ketika dia didatangi oleh seorang lelaki dan berkata: Wahai Abu Abd al-Rahman! Aku mampu untuk berpuasa ketika bermusafir? Lalu Ibn Umar berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak mahu menerima rukhsah (keringanan) daripada Allah, dia akan menerima dosa seperti bukit Arafah.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Abd bin Humaid, Ibn Abd al-Hakam dalam Futuh Misr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1949]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs