Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang tidak kehausan, dia akan masuk syurga

Teks Bahasa Arab

إِنَّ لِكُلِّ ‌قَوْمٍ ‌فَرَطًا، وَإِنِّي فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ، فَمَنْ وَرَدَ عَلَيَّ الْحَوْضَ فَشَرِبَ، لَمْ يَظْمَأْ، وَمَنْ لَمْ يَظْمَأْ دَخَلَ الْجَنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya setiap kaum ada orang perantaraan, dan aku akan menjadi perantaraan kamu di sebuah telaga. Maka sesiapa yang datang kepadaku di telaga tersebut lalu meminum airnya, dia tidak akan merasa dahaga (kehausan) lagi, dan sesiapa yang tidak merasa dahaga, dia akan masuk syurga.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Sa’d RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 718, hadis no. 3666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن سهل بن سعد رضي الله عنه، قال: قال ﷺ قال: إن لكل قوم فرطا، وإني فرطكم على الحوض، فمن ورد علي الحوض فشرب، لم يظمأ، ومن لم يظمأ؛ دخل الجنة. [طب، ((الضعيفة)) (7115)]

(Munkar dengan konteks ini) Daripada Sahl bin Sa’d RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap kaum ada orang perantaraan, dan aku akan menjadi perantaraan kamu di sebuah telaga. Maka sesiapa yang datang kepadaku di telaga tersebut lalu meminum airnya, dia tidak akan merasa dahaga (kehausan) lagi, dan sesiapa yang tidak merasa dahaga, dia akan masuk syurga. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7115].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.