Sesiapa yang tidak meninggalkan dosa ketika sudah beruban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مَن لَم يَرعَوِ عندَ الشَّيبِ ولم يستَحِ من العَيبِ ولَم يَخشَ اللَّهَ بالغَيبِ فلَيسَ للَّهِ عزَّ وجلَّ فيهِ حاجَةٌ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak meninggalkan dosa ketika sudah beruban, tidak berasa malu daripada keaiban, tidak takutkan Allah SWT ketika bersendirian, maka Allah SWT tidak berkehendak kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 117, hadis nombor 606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: مَنْ لَمْ يَرْعَوِ عندَ الشَّيْبِ ولم يَسْتَحِ مِنَ العَيْبِ ولم يَخْشَ اللهَ بالغَيْبِ فليسَ للهِ عز وجل فيه حاجةٌ. [ابن جميع في معجم الشيوخ، الضعيفة (5695)]

(Palsu) Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak meninggalkan dosa ketika sudah beruban, tidak berasa malu daripada keaiban, tidak takutkan Allah SWT ketika bersendirian, maka Allah SWT tidak berkehendak kepadanya. [Diriwayatkan oleh Ibn Jamī‘ dalam Mu‘jam al-Shuyūkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5695]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.