TEKS BAHASA ARAB
من لم يصل علي؛ فلا دين له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang tidak berselawat kepadaku; maka tidak ada agama baginya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1406, hadis nombor 7128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: من لم يصل علي؛ فلا دين له.
[طب، محمد بن حمدان المروزي، ((الضعيفة)) (214)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak berselawat kepadaku; maka tidak ada agama baginya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Muhammad bin Hamdan al-Marwazi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 214]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.