Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن لم يُصلِّ عليَّ فلا دينَ لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak berselawat kepadaku; maka tidak ada agama baginya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1406, hadis no. 7128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: من لم يصل علي؛ فلا دين له. [طب، محمد بن حمدان المروزي، ((الضعيفة)) (214)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak berselawat kepadaku; maka tidak ada agama baginya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Muhammad bin Hamdan al-Marwazi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 214]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman